suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Teluk Intan: SPR Mesyuarat Khamis

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas mengenai kerusi Parlimen Teluk Intan pada Khamis ini berikutan kematian penyadangnya Seah Leong Peng, minggu lalu.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, suruhanjaya itu menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 9.25 pagi ini berhubung kekosongan kerusi itu.

"Mesyuarat khas itu yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPR ,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan diadakan di ibu pejabat SPR di sini pada pukul  10 pagi

"Mesyuarat itu akan membincangkan mengenai tarikh penting seperti hari penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu serta persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakannya," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat khas itu.

Leong Peng, 48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Leong Peng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.


Artikel Lain