suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong JDT Buat Kecoh, FRU Dikerah Kawal Keadaan

JOHOR BARU: Ribuan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menyerbu kaunter tiket untuk mendapatkan tiket perlawanan JDT bertemu Pahang. 

Pegawai polis turut diarah mengawal Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, dan penyokong yang hadir diarah agar beratur mengikut barisan, namun tiada siapa yang mengikuti arahan tersebut. 

Unit FRU turut dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 11 pagi Isnin. 

Sebahagian penyokong ada yang pengsan selepas kumpulan berkenaan semakin ramai. 

Kaunter tiket mula dikerumuni penyokong dan mereka mula menjerit kepada pihak polis dan selepas ada antara mereka mendakwa sudah beratur hampir 10 jam. 

Pegawai polis beberapa kali mengarahkan kumpulan tersebut agar bertenang dan beratur mengikut barisan. Penyokong turut diberikan amaran bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka tidak mematuhi arahan. 

Pada pukul 11.30 pagi, kumpulan penyokong semakin ramai dan mereka mula bertindak agresif dan menjerit apabila pihak pengurusan memaklumkan tiket telah habis dijual dan mereka diarahkan bersurai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain