suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Anjing Serang 3 Mangsa Ditahan

Seorang pembantu rumah warga Indonesia parah manakala dua lelaki yang cuba membantunya cedera selepas diserang dua ekor anjing jenis American Bulldog dalam satu kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 8.30 pagi berhampiran Kampung Masjid Lenggeng, awal pagi Rabu. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Polis menahan pemilik dua anjing yang menyerang tiga mangsa di Lenggeng pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning berkata, individu tersebut ditahan dibawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan haiwan hingga mendatangkan kecederaan.

Jika didapati bersalah, pemilik terbabit boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000.

"Kami telah menahan pemilik anjin tersebut untuk membantu siasatan dalam insiden tersebut," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan pemilik anjing tersebut ditahan pada Rabu apabila dia datang ke balai polis untuk membuat laporan berhubung insiden itu.

anjing, serang, Lenggeng

Artikel Sebelum

Artikel Lain