Ahli Majlis MBI Cedera Ditikam - Semasa | mStar

Ahli Majlis MBI Cedera Ditikam

IPOH: Seorang ahli majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) cedera selepas ditikam di bahu kirinya pada Rabu.

Mangsa berkata beliau yang baru saja selesai urusan kerja dekat Hotel Tower Regency di sini kira-kira pukul 6 petang sebelum diserang dua lelaki.

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut dengan menaiki sebuah kereta tanpa mengambil sebarang barang berharga milik mangsa.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hopsital selepas ditemui dalam keadaan cedera oleh orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong pada Khamis berkata, mangsa telah ditikam dengan objek tajam tetapi polis masih belum mengenal pasti objek sebenar yang digunakan.

"Walaupun siasatan awal kami mengesyaki tindakan dua suspek bermotifkan rompakan, keluarga mangsa mendapati barang berharga mangsa tidak dilarikan.

"Kami masih menyiasat motif sebenar serangan itu dan kedua-dua suspek tersebut masih belum dikenalpasti," katanya.

Sum berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan sedikit peningkatan di unit rawatan rapi.

"Kami akan memeriksa kamera tersembunyi berhampiran lokasi insiden yang mungkin merakam kejadian tersebut," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

YB Pahang Tinjau Operasi Kilang Lynas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain