suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Objek Terdampar Di Pantai Agusta Bukan Dari MH370

Martin Dolan (kiri) mengesahkan objek terdampar di Pantai Agusta bukan dari MH370.
CANBERRA: Selepas ujian dilakukan terhadap gambar objek yang terdampar di pantai Augusta di Australia Barat mendapati ia bukannya petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat MH370 yang hilang. 

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang menjalankan ujian tersebut telah memaklumkan kepada penyelaras operasi mencari MH370 bahawa objek yang ditemui di pantai timur Augusta itu bukannya dari pesawat MH370, demikian menurut Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC), dalam kenyataan pagi Khamis.

Ketuanya, Martin Dolan berkata analisis awal terhadap objek tersebut (kepingan logam dengan rivet) menunjukkan ia bukan dari pesawat MH370.

"Kami tidak menganggap ia sebagai petunjuk baharu dalam misi mencari MH370," katanya. - AP

MH370, Pantai Agusta, JACC

Artikel Lain