suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKR Sasar Tingkat Penyertaan Kaum Cina

Saifuddin Nasution Ismail.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan melipat-gandakan usaha untuk menarik lebih ramai penyertaan kaum Cina.

Katanya, parti itu menyasarkan untuk menambah penyertaan seramai 50,000 kaum Cina dalam tempoh lima tahun akan datang.

Saifuddin berkata, PKR sedang merancang progam khas untuk golongan muda Cina dan akan menggalakkan forum pelbagai kaum antara pemimpin muda parti selain berkunjung ke institusi pendidikan tinggi swasta yang mempunyai bilangan pelajar Cina dan bukan islam yang ramai.

Beliau turut mencadangkan untuk meningkatkan pengedaran akhbar Suara Keadilan versi Mandarin secara bulanan kepada setiap dua minggu dengan sasaran pembaca sebanyak 50,000 orang setiap edisi.

Setakat ini, 15% daripada 500,000 ahli PKR terdiri dari kaum Cina, 50% Melayu, 25% India dan 10% bumiputera Sabah serta Sarawak.

"Masih terdapat ruang besar untuk meningkatkan keahlian dan peluang menjadi pemimpin di kalangan masyarakat Cina, terutamanya dari aspek sokongan kuat mereka terhadap Pakatan Rakyat," kata Saifuddin pada Rabu.

PKR, Saifuddin Nasution Ismail

Artikel Lain