suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Firefly Ke Kota Baru Berpatah Balik Ke Pulau Pinang

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Firefly berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas terpaksa berpatah balik hanya setengah jam selepas berlepas kira-kira pukul 6.55 pagi Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu, pesawat tersebut mengalami masalah pada gear mendarat sebaik saja berlepas.

"Memandangkan keselamatan penumpang menjadi keutamaan Firefly, pesawat tersebut diarahkan supaya berpatah balik ke Pulau Pinang.

"Ini adalah pendaratan biasa, oleh itu Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang tidak diperlukan," menurut kenyataan itu.

Pesawat tersebut mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarbangsa Pulau Pinang kira-kira pukul 7.30 pagi

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi sama.

“FY1002/MH9948 dijadualkan berlepas semula dari Pulau Pinang pada pukul 8.50 pagi ini (Khamis) dan mendarat dengan selamat di Kota Baru pada pukul 9.50 pagi hari yang sama," kata kenyataan itu.

Pesawat jenis ATR 72 itu telah dihantar ke pangkalan udara Firefly di Subang untuk dibaiki.

Ia merupakan insiden kedua selepas pesawat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airline) berlepas ke Bangalore, India, awal pagi Isnin lalu terpaksa membuat pendaratan cemas apabila salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain