suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor Teruskan Pembinaan Kidex

Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju meneruskan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun pelaksanaannya mendapat bantahan daripada penduduk.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek itu perlu dilakukan bagi menangani masalah kesesakan trafik di kawasan itu.

"Saya akan mengadakan perjumpaan awam bersama rakyat bagi memberi penerangan dan mendengar rintihan mereka yang merasa terjejas dengan pembinaannya," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat.

Baru-baru ini, penduduk sekitar Damansara dan Kinrara mengadakan bantahan di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi meminta kerajaan negeri membatalkan projek itu kerana dikhuatiri menggugat keselamatan mereka.

Membabitkan jarak sepanjang 14 kilometer, pembinaan Kidex dijangka bermula tahun depan dengan anggaran kos RM2.2 bilion.

Persidangan dewan bersambung Isnin ini.

Artikel Lain