suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Esscom Kerjasama Dengan Pasukan Keselamatan Filipina Selamat Mangsa Culik

Mohammad Mentek.

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk menyelamat mangsa yang diculik di resot atas air Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna minggu lepas.

"Sekarang mangsa masih berada dalam keadaan selamat dan pegawai kami sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk menjalankan usaha membebaskan mangsa," kata Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Pada Khamis, dilaporkan penculik dua wanita warga asing itu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) untuk membebaskan seorang daripada mereka iaitu pelancong warga China.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dipetik sebagai berkata tiada tuntutan wang tebusan bagi seorang lagi tebusan wanita yang merupakan pekerja resot warga Filipina.

Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina Marcy Dayawan, 40, diculik dari resot tersebut oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lepas.

Artikel Lain