suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PDRM Nafi Insiden Tembak Libatkan Anggota Polis

KUALA LUMPUR: Polis pada Khamis menafikan kejadian tembakan yang dikatakan berlaku ke atas beberapa individu berpakaian seragam polis seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi 'WhatsApp'.

Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), gambar berkenaan diambil ketika latihan tebusan di KL Sentral.

"PDRM menafikan sekeras-kerasnya kejadian 'tembakan' itu. Ia (penyebaran) dilihat cuba menimbulkan rasa ketakutan dalam kalangan orang ramai," menurut laman itu.

Gambar yang tersebar itu menunjukkan beberapa individu memakai seragam polis dan tiga individu terbaring di atas lantai dengan beberapa kesan darah, kononnya selepas berlaku insiden serangan dan tembak-menembak di sekitar daerah Serdang.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan berkenaan kerana diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu, menurut laman itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain