suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 19 Tahun Ditahan Miliki Pistol Tiruan

KOTA BARU: Seorang remaja ditahan pihak polis kerana memiliki pistol tiruan di Jalan Panji, Pengkalan Chepa di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata suspek lelaki berusia 19 itu ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada pukul 1.45 pagi Khamis.

"Suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan cuba bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal Honda EX5 apabila menyedari kehadiran polis.

"Namun dia berjaya ditahan dan berlaku sedikit pergelutan antara suspek dengan anggota polis," katanya ketika di hubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol yang dipercayai pistol tiruan bersama satu kelopak peluru serta lima biji mercun bola dalam bakul motosikal berkenaan.

Azham berkata remaja itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel Lain