suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah Syarikat Tekstil Didakwa Buat Pernyataan Palsu

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat tekstil warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung peletakan jawatan seorang lagi pengarah syarikat itu.

Muhammad Javed Butt Muhammad Shafi, 42, pengarah Syarikat MJS Corporation Sdn Bhd didakwa membuat pernyataan palsu dengan menyatakan pengarah syarikat itu, Rehan Mohammad Faiq telah meletakkan jawatan di dalam Borang 49 bertarikh 29 Mac 2013.

Borang 49 itu dikehendaki di bawah Seksyen 141(6) Akta Syarikat 1965 berhubung peletakan jawatan Rehan Mohammad Faiq.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia Tingkat 17, Jalan Stesen 5, Kuala Lumpur Sentral, di sini, antara 29 Mac dan 1 April 2013.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965, yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Nasir Hussin, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Shari'ah Abu.

Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Lain