suria

Lebih 3,000 Adakan Sembahyang Khas Untuk MH370

Upacara sembahyang khas untuk pesawat MH370 anjuran MCA di Wisma MCA, pagi Ahad. Foto CHAN TAK KONG / THE STAR

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 orang mengadakan sembahyang khas untuk pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Wisma MCA di sini pagi Ahad.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, doa semua yang menyertai upacara itu adalah supaya MH370 kembali pulang dengan selamat, secepat mungkin.

"Pada masa yang sama, kita turut melakukan apa yang boleh bagi memberikan sokongan dan perhatian buat mereka yang tersayang, yang berada di dalam pesawat itu," katanya ketika berucap di Wisma MCA di sini.

Upacara itu dianjurkan oleh MCA, turut dihadiri antaranya kumpulan penganut Buddha, ahli keluarga kepada penumpang MH370 bangsa China dan Duta China Ke Malaysia, Huang HuiKang.

Huang berkata, beliau terharu dengan sokongan yang diberikan semua sejak kehilangan pesawat MH370.

Beliau berharap supaya doa semua pihak supaya pesawat MH370 kembali pulang dengan selamat, akan terjawab.

Upacara itu diteruskan dengan Liow, timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong, Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan, dab pemimpin-pemimpin MCA dan ketua-ketua kumpulan penganut Buddha di atas pentas, diketuai oleh Presiden Persatuan Buddhist Malaysia, Ven Seck Jit Heng.

Antara kumpulan penganut Buddha lain yang turut terlibat dalam upacara itu adalah Theravada Buddhism Masters, Vajrayana Buddhism Masters dan Mahayana Buddhism Masters.

Artikel Lain