suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Dua Kapal Ubah Haluan Untuk Sahkan Isyarat Nadi

Angus Houston.

PERTH: Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, Australia mengambil petunjuk terbaharu dalam mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, secara serius.

Houston berkata, Kapal Tentera Diraja HMS Echo dan Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield diubah haluannya bagi mengesahkan isyarat nadi elektronik yang dikesan oleh sebuah kapal China, Haixun 01.

"Hakikatnya, kapal itu membuat dua pengesanan yang menjanjikan sesuatu," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengessa supaya media berhati-hati menggunakan maklumat itu dan mengulangi bahawa perkara tersebut masih belum disahkan.

HMS Echo akan mengambil masa 14 jam untuk tiba di lokasi isyarat.

Sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal akan membantu misi pencarian MH370 pada Ahad.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membahagikan pencarian kepada tiga kawasan dengan keluasan keseluruhan 216,000 kilometer persegi, di kedudukan 2,000 km barat laut Perth.

Cuaca di kawasan pencarian diramalkan baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain