suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal Pengantin Didakwa Keluarkan RM9,650 Tanpa Kebenaran Rakan

KUALA LUMPUR: Seorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap 11 pertuduhan melakukan pengeluaran wang tanpa kebenaran rakannya membabitkan RM9,650.

Mengikut pertuduhan pertama hingga 11, Syafrida Syafril, 23, didakwa melakukan pengeluaran wang berkenaan tanpa kebenaran rakannya, Zaitun Ibrahim, 48.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM), di dalam bangunan Capital Square, Dang Wangi, di sini antara 27 Dis 2011 hingga 29 Disember 2012. 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tunang tertuduh hadir sebagai penjamin merayu kepada mahkamah agar mengurangkan jaminan kerana mereka akan berkahwin bulan depan.

Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S. Raveendran manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia