Penculikan Di Semporna: Empat Ditahan Untuk Soal Siasat - Semasa | mStar

Penculikan Di Semporna: Empat Ditahan Untuk Soal Siasat

Hamza Taib.
KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan empat individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan di Singamat Reef Resort di Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka menahan empat individu tersebut pada petang Khamis untuk soal siasat.

"Kami mengambil kenyataan mereka dan sedang meneruskan siasatan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Bagaimanapun, Hamza berkata mereka masih belum menerima sebarang maklumat penting yang boleh membantu merungkai kes itu.

Berikutan kejadian itu, saksi memberitahu polis bahawa mereka melihat tiga lelaki bersenjata memasuki resort tersebut manakala empat lagi menunggu dalam sebuah bot kayu di bawah dek.

Polis percaya tujuh lelaki bersenjata yang dipercayai anggota sebuah kumpulan dari selatan Filipina yang melakukan kegiatan culik untuk mendapatkan wang tebusan, melarikan kedua-dua mangsa ke perairan antarabangsa dan kini berada di Filipina.

Seorang warga China, Gao Huayuan, 29, dan seorang pekerja resort, Marcy Darawan @ Mimi, 40,  diculik dari resort tersebut kira-kira pukul 10.30 malam, Rabu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain