MH370: Hayat Bateri Kotak Hitam Berkurangan, Carian Diteruskan Pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Dengan hayat bateri kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 tinggal dua hari lagi, pasukan pelbagai negara meneruskan usaha pencarian mereka pada Jumaat di kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700 kilometer di barat laut Perth, Australia.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada Jumaat menyatakan sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan sembilan kapal dikerahkan untuk membantu pencarian pesawat itu.

"Pencarian pada Jumaat memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama. Pesawat pertama akan berlepas ke kawasan pencarian pada 6 pagi Waktu Standard Barat," kata JACC dalam satu kenyataan di sini.

JACC dilancarkan pada 1 April lepas bagi menyelaraskan pencarian pesawat MH370, yang hilang sejak 28 hari lepas, di selatan Lautan Hindi.

Menurut kenyataan itu, sejumlah 26 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat, New South Wales dan Victoria bertugas sebagai pemerhati udara dalam tiga pesawat awam itu.

"Pesawat awam lain akan beroperasi sebagai geganti komunikasi," kata JACC.

Menurut JACC cuaca pada Jumaat dijangka cerah dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer dan asas awan antara 1000 dan 2000 kaki.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pula akan terus meneliti kawasan perairan yang mungkin dimasuki pesawat itu berdasarkan kepada analisis teknikal pelbagai disiplin komunikasi satelit dan prestasi pesawat.

Analisis teknikal itu diperoleh daripada pasukan penyiasatan nahas udara antarabangsa dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia, kata JACC.

Kotak hitam itu antara lainnya mengandungi rakaman suara dan perakam data penerbangan, yang penting bagi menentukan apa berlaku kepada pesawat itu, yang hilang pada 8 Mac lepas. 

Hayat bateri kotak hitam itu ialah 30 hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain