suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yussibnosh Angkat Sumpah Sebagai Adun Balingian

Yussibnosh bergambar bersama isterinya, Elizabeth Nelson selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Balingian, 29 Mac lalu.
KUCHING: Yussibnosh Balo pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian di hadapan Speaker Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Majlis disaksikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Turut hadir isteri Adenan, Puan Sri Dato' Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan beberapa menteri dan timbalan menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Yussibnosh, 48, seorang bekas pegawai daerah memperoleh 8,194 undi dalam pilihan raya kecil Balingian pada 29 Mac dengan majoriti 6,911, berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang yang mendapat 1,283 undi.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Adun Balingian dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Pada tahun 2011, Taib berjaya mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia