suria

Penculikan Di Semporna: Masih Belum Ada Sebarang Petunjuk

Bot polis berada dalam keadaan siap sedia di Singamata Reef Resort, Semporna.
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Malaysia dan Filipina masih belum mendapat sebarang laporan mengenai petunjuk di mana kumpulan lelaki bersenjata Filipina yang menculik seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort di Semporna pada malam Rabu.

Operasi memburu suspek dipergiatkan di sempadan perairan kedua-dua buah negara, 36 jam selepas Gao Hua Yuen, 29, dari Shanghai dan seorang pekerja resort, Marcy Darawan @ Mimi, 40, dilarikan dari Singamata Reef Resort, pihak berkuasa Malaysia dan Filipina berkata tiada sebarang maklumat mengenai lokasi kumpulan tersebut.

Pihak berkuasa keselamatan di Sabah percaya kumpulan tersebut melarikan diri ke kepulauan Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Namun, mereka meneruskan operasi menjejaki kumpulan tersebut di sepanjang sempadan perairan dan kawasan pantai untuk mendapatkan sebarang maklumat terhadap kumpulan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan Kumpulan Abu Sayaff di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.

"Kami percaya mereka sudah keluar dari sempadan perairan awal pagi Khamis," kata seorang pegawai keselamatan di Sabah.

Ketua Pasukan Tentera Sulu Filipina turut mengesahkan tiada sebarang maklumat mengenai kumpulan bersenjata itu atau tebusan mereka.

Brig Jen Martin Pinto berkata, unit risikan di kepulauan itu sedang berwaspada dan tentera laut di wilayah Sulu dan Tawi-Tawi sudah digerakkan.


Artikel Berikut

Artikel Lain