suria

Dr Ahmad Tajuddin Dilantik Pengerusi CIDB

Dr Ahmad Tajuddin
Dr Ahmad Tajuddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia berkuatkuasa Ahad. Dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad, CIDB berkata, beliau dilantik sebagai Pengerusi bagi menggantikan Datuk Ir Hamzah Hasan yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Ahmad Tajuddin juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah bagi UEM Group Bhd, UEM Sunrise Bhd, PLUS Expressways International Bhd, Linde Malaysia Holdings Bhd, dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), sebelum dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Bhd dan kemudiannya menjadi Pengerusi Gas Malaysia Bhd, kata CIDB.

Sementara itu, Hamzah telah berkhidmat sebagai Pengerusi CIDB dari Januari 2011 sehinggalah 11 Feb, 2014.

Sebelum itu beliau memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia selama lapan tahun dari tahun 2003 sehinggalah 2010. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain