suria

Subsidi Hingga RM30,000 Bagi Pembeli Yang Layak Menerusi Program MyHome

Najib (kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Khamis.
Turut sama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri). Foto BERNAMA
Najib (kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Khamis. Turut sama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Program MyHome akan dilancarkan April ini bagi membolehkan pembeli rumah yang layak diberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 untuk mereka membeli rumah terpilih pada harga kos rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau pada Khamis.

Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.

Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.

"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di sini.

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain