suria

Pinjaman Tinggi Sebabkan Jumlah Kebankrapan Meningkat

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mengambil lebih banyak pinjaman dari apa yang mampu untuk dibayar balik menggunakan gaji mereka menyebabkan jumlah individu diisytiharkan bankrap meningkat setiap tahun, kata Pengerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Datuk Mohd Hanif Sher.

Menurut statistik AKPK setakat 31 Disember tahun lepas, seramai 62,818 dengan jumlah hutang RM4.5 bilion telah didaftarkan di bawah Program Pengurusan Kredit (DMP) di bawah agensi itu.

Berikutan peningkatan bilangan mereka yang diisytiharkan bankrap setiap tahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, rakyat Malaysia yang mengalami masalah pengurusan kewangan perlu menyertai DMP bagi mengelakkan bilangan individu bankrap terus meningkat di negara ini.

Nancy berkata, kementerian menerusi Jabatan Insolvensi akan menjalankan program kesedaran dengan AKPK ke seluruh negara.

"Ramai orang tidak menyedari fungsi dan peranan AKPK. Mereka yang mempunyai hutang sehingga RM2 juta dan ke bawah boleh menyertai program pengurusan kredit ini yang membolehkan Jabatan Insolgensi mengurangkan bilangan kes kebankrapan," katanya selepas melawat ibu pejabat AKPK di Maju Tower di sini, Selasa.

Menurut statistik Jabatan Insolvensi, seramai 13,238 people diisytiharkan bankrap pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011) dan 19,575 (2012), dengan mereka dalam sektor swasta atau mengusahakan perniagaan mencatatkan peratusan paling tinggi.

Mohd Hanif berkata, 22.8% individu yang menyertai DMP menunjukkan perancangan kewangan yang lemah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar balik pinjaman mereka.

"Mereka yang mencari khidmat pengurusan kewangan daripada kita menunjukkan kegagalan untuk membayar balik pinjaman sebagai punca utama," katanya.

Faktor-faktor lain dengan peratusan yang tinggi adalah perbelanjaan perubatan yang tinggi dan perniagaan gagal, masing-masing mencatatkan 18.1% dan 15.3%.

Artikel Sebelum

Warga Emas Digilis Kereta Api

Artikel Lain