TAPAH: Dua maut dalam kemalangan yang melibatkan empat kenderaan dekat Sungkai di sini pagi Rabu.
Difahamkan kemalangan itu berlaku di Kilometer 86.4 jalan Ipoj-Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 6.30 pagi.
Sebuah kereta dari arah selatan merempuh bangkai lembu di jalan dan terbabas ke laluan bertentangan, lalu melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Sementara itu, sebuah lagi kereta dari arah selatan dapat memberhentikan kenderaannya daripada melanggar dua kenderaan itu, tetapi sebuah MPV yang lain melanggarnya dari arah belakang.
Mangsa yang meninggal dunia merupakan bapa dan anak iaitu Kamaruzzaman Bukhori, 51, dan Ariff Zakuan Kamaruzzaman, di mana kedua-dua mereka menaiki kereta yang pertama.


