suria

Dua Remaja Dijangka Akan Didakwa Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik

ALOR SETAR: Dua suspek yang ditahan berhubung kematian tiga beradik dijangka akan didakwa kerana membunuh.

Polis Kedah menemui bukti yang mengaitkan mereka dengan kematian tiga beradik itu selepas kedua-dua remaja lelaki yang berusia 19 tahun terbabit dibawa ke lokasi kejadian di Kampung Alor Senibong dan Kampung Padang Petani, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kedua-dua mereka akan berhadapan dengan dakwaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiga beradik Norsyafika Nadia Rusdi, 14, Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, tiga, dari Kampung Alor Senibong, keluar bersama-sama dengan menaiki motosikal pada 29 November tahun lepas.

Ibu ketiga beradik itu kemudiannya membuat laporan selepas sehari kehilangan mereka.

Mayat Norsyafika ditemui di sawah padi terbiar di kampung mereka pada kira-kira pukul 3.45 petang pada 30 November.

Mayat dua beradk lagi ditemui terapung di terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Kampung Padang Petani, pada kira-kira pukul 4.50 petang 1 Disember lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain