suria

Keputusan MUET Diumum Khamis Ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi November 2013 akan dikeluarkan Khamis ini.

Menurut kenyataan akhbar Majlis Peperiksaan Malaysia pada Isnin, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula dengan bayaran sebanyak RM70. Tarikh tutup rayuan semakan semula adalah pada 27 Januari," katanya.

Pendaftaran MUET bagi Sesi Julai 2014 pula akan dibuka dari 16 Januari hingga 17 Mac ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain