suria

RHB Lantik Khairussaleh Ramli Sebagai Pengarah Urusan, CEO

Khairussaleh
Khairussaleh
Khairussaleh

KUALA LUMPUR: RHB Banking Group pada Jumaat melantik Datuk Khairussaleh Ramli sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RHB Bank Bhd dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan bagi kumpulan perbankan itu.

Pelantikan itu berkuat kuasa Jumaat.

Khairussaleh dianugerahkan "Anugerah CFO Terbaik Malaysia" oleh Finance Asia dan Alpha Southeast Asia pada 2010, 2011 dan 2012 atas pengetahuan dan pengalaman beliau dalam sektor perbankan, kata RHB Bank dalam satu kenyataan.

Pengarah urusan RHB Banking Group Kellee Kam berkata bank itu kini bersedia menghadapi cabaran merealisasikan cita-cita kumpulan untuk menjadi kumpulan perkhidmatan kewangan multinasional di rantau Asean.

"Pengalaman Khairussaleh yang luas dalam sektor tempatan dan serantau akan membolehkan beliau membawa RHB Banking Group ke peringkat pertumbuhan seterusnya.

"Pelantikannya juga akan mengukuhkan lagi keupayaan kepimpinan pasukan pengurusan kanan dalam kumpulan itu," tambah Kam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain