suria

Malaysia & Singapura Akan Muktamadkan Cadangan Projek Kereta Api Laju

Abdul Aziz mencuba sebuah kenderaan berat dari negara China yang dipamerkan di bilik pameran Hong Seng Group selepas merasmikan bilik pameran berkenaan di Jalan Sungai Lokan, Butterworth pada Selasa. - fotoBERNAMA

BUTTERWORTH: Malaysia dan Singapura akan mengadakan perbincangan tidak lama lagi bagi memuktamadkan cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan negara republik itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata hasil perbincangan itu dijangka dapat diketahui dalam suku pertama tahun depan.

"Antara perkara yang akan dimuktamadkan ialah stesen HSR di Singapura. Di sebelah pihak kita (Malaysia) pada dasarnya semuanya ok (telah selesai).

"Cuma tunggu keputusan seterusnya dan matlamat kedua-dua negara adalah projek berkenaan siap menjelang 2020," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Pameran kenderaan komersial milik Hong Seng Group di sini Selasa.

Cadangan HSR itu diumumkan pada Februari lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Projek anggaran kos sebanyak RM40 bilion itu dijadual siap pada 2020 dan mampu memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara dari beberapa jam kepada hanya 90 minit.

Kepada satu soalan Abdul Aziz berkata: "Memang ada beberapa syarikat dari negara seperti Jepun dan Itali berminat untuk turut serta dalam pembangunan projek berkenaan tetapi masih terlalu awal untuk mengulasnya.

"Lagipun selepas selesai semua perbincangan, projek itu akan diuruskan Jabatan Perdana Menteri," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain