suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid Pertahan Kenyataan 'Pemimpin No.2 PAS' Pengikut Syiah

Dr Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Ke-67, Sabtu lalu.
Dr Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Ke-67, Sabtu lalu.
Dr Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Ke-67, Sabtu lalu.

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berganjak dengan kenyataannya bahawa 'pemimpin No.2 PAS' adalah pengikut ajaran Syiah.

Dr Ahmad Zahid berkata, beliau ada bukti mengenai perkara itu dan berjanji akan mendedahkannya pada satu sidang media yang akan diadakan kementerian itu dalam tempoh terdekat.

Ia akan diadakan walaupun menerima ugutan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Ahmad Zahid berhubung kenyataannya, selepas beliau menyangkal dakwaan tersebut.

"Dalam Islam, kita tidak boleh mempunyai mazhab lain kerana ia akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

"Saya melihat perkara ini dari sudut keselamatan.

"Saya tidak mahu apa yang berlaku (perang saudara) di negara lain juga berlaku di Malaysia," kata Dr Ahmad Zahid pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, Isnin.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013, Dr Ahmad Zahid mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Artikel Lain