Kerajaan Dicadang Wujud Suruhanjaya Khas Pelihara Kesucian Islam - Semasa | mStar

Kerajaan Dicadang Wujud Suruhanjaya Khas Pelihara Kesucian Islam

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di negara ini yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya berkata, dengan adanya suruhanjaya itu, tidak ada lagi pihak-pihak yang boleh mempertikaikan amalan Islam di negara ini seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini.

"Suruhanjaya hak asasi manusia pun ada jadi agama Islam pun perlukan satu suruhanjaya supaya tidak ada yang boleh pertikaikan kesucian Islam termasuk di Facebook," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno 2013, di sini, Jumaat.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor itu berkata, kerajaan juga diminta bertegas terhadap sebarang usaha yang dilihat mencabar kesucian agama Islam di negara ini termasuk dalam soal ajaran sesat, fahaman syiah, pluralisme dan liberalisme.

Katanya sehubungan itu, satu tindakan konkrit adalah perlu untuk merasionalkan keseluruhan kedaulatan Islam di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya menyarankan agar pembangunan agama Islam melalui institusi masjid dan surau dimakmurkan sebaik-sebaiknya dengan gerakan seluruh negara.

"Kami juga menggesa agar perundangan syariah dan mahkamah syariah terus diperkasakan, baik infrastruktur, pegawai dan perundangan sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi," katanya.

Katanya, pelaksanaan prinsip Wasatiyyah merupakan prinsip yang amat sesuai dengan Malaysia sebagai negara majmuk dan dengan jaminan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam pengurusan negara, agama akan dijaga sebaik-baiknya.

"Ini menunjukkan kita Umno sentiasa menunjangi agama dan meletakkan agama ini setinggi-tingginya. Dengan Maqasid Syariah ini kita akan melihat perubahan berlaku terutama dalam agama.

"Siapa kata Umno tolak Islam. Siapa kata Umno tak Islamik. Kita yang dah tunaikan tuntutan Maqasid Syariah. Kita tetapkan perjuangkan, hidupkan Islam itu sendiri. Untuk sempurnakan lebih baik, wasatiyyah digunakan.

"Hak-hak dapat diagihkan sama baik. Namun kesemua perlu ditadbir urus dengan baik dan tepat supaya tidak ada pihak yang boleh mengelirukan," katanya.

Shabudin berkata, bagi memastikan Islam di negara ini adalah Islam yang sebenar-benarnya dan agama Islam diperkasakan, pindaan perlembagaan perlu dibuat dengan memasukkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Ipoh Barat, Isfarina Mohd Bali ketika menyokong usul itu mencadangkan pemerkasaan agensi atau jabatan berkaitan Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Majlis-majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Bantuan Guaman dan Institut Kefahaman Islam Malaysia dilakukan secara serentak.

Beliau berkata, langkah itu penting supaya kekuatan terhadap komponen-komponen kepada sistem perundangan Islam di Malaysia berlaku secara menyeluruh dan sempurna.

"Semua komponen ini harus digembleng dan diadun sama, maka hasilnya nanti sudah pasti satu hidangan yang akan mengubah selera yakni pandangan serta menaikkan martabat Islam itu sendiri," katanya.

Bagi memperkasa lagi agama Islam, Isfarina berkata kelas-kelas tauhid, tajwid, fekah, tafsir Al-Quran dan hadis, munakahad, muamalat dan sebagainya harus diteruskan di kolej-kolej komuniti.

"Program-program pemahaman isi kandungan Al-Quran dan hadis harus diperkembangkan dan diperluaskan agar setiap amalan harian kita akan berlandaskan Al-Quran dan hadis serta diberkati Illahi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa