suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Pusat Lulus Usul Tahaluf Siyasi Tanpa Bahas

Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dan Salahudin Ayub ketika menghadiri Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Ahad. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM: Kerajaan PAS Pusat meluluskan usul berhubung tahaluf siyasi yang dikemukakan Dewan Ulama tanpa bahas.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan usul tersebut diterima tanpa bahas pada petang Sabtu.

Dalam usul itu, Dewan Ulama berkata tahaluf siyasi telah membantu PAS dan Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan peningkatan kerusi di Terengganu.

Namun, menurut Dewan Ulama, di sebalik kemenangan itu, PAS Kedah kecundang kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lalu selain gagal mengembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat.

Justeru, Dewan Ulama mencadangkan kepada Majlis Syura dan ahli jawatankuasa PAS Pusat supaya mengkaji, menyemak dan menilai kekuatan serta kelemahan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

"Kejayaan dan kegagalan pendekatan itu perlu dikaji dan dinilai dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah untuk tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU-14," katanya.

Usul yang sama turut dibawa oleh PAS Kuala Kangsar yang meminta kepimpinan PAS Pusat memperkasakan tahaluf siyasi dengan mengambil pendekatan tegas dalam perkara membabitkan prinsip dan dasar parti.

Turut diluluskan tanpa bahas adalah usul penyelarasan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (Dewan Ulama), pendidikan (PAS Marang), organisasi dan pendidikan (PAS Pandan) serta memperkasakan media penyiaran PAS (PAS Petaling Jaya Utara).

Artikel Lain