suria

40,000 Pengundi Bangladesh: Anwar Perlu Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia - Presiden Gerakan

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong (kanan) menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media Parti Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaannya bahawa 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata ramai pengundi terkeliru dengan dakwaan Anwar itu sehingga menyebabkan kesulitan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU13, 5 Mei lepas.

"Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian...mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.

"Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggjungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini Sabtu.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Mah mengumumkan senarai anggota Jawatankuasa Pusat parti untuk penggal 2013-2016.

Naib Presiden: Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Tan Sri Liew Yun Fah, Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Setiausaha Agung: Liang Teck Meng

Bendahari: Datuk Lim Si Pin

Setiausaha Penganjur: Lau Hoi Keong

Anggota Jawatankuasa Pusat: Datuk Gordon Leong, Au Kam Wah, Dr Lee Chee Peng, Teng Chang Yeow, Datuk Yap Kea Ping. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain