suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Abdul Hadi Menang Timbalan Ketua Pemuda PAS

Muhammad Khalil
Muhammad Khalil
Muhammad Khalil

PETALING JAYA: Wakil tunggal kumpulan ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat setelah diumumkan menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan 355 undi.

Kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekali gus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada pemilihan yang berlangsung pada Khamis.

Raja Ahmad Iskandar yang juga Ketua Pemuda PAS Perak mendapat 282 undi.

Muktamar tahunan Pemuda PAS ke-54 itu turut menyaksikan bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat diumumkan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru apabila memperoleh 320 undi.

Suhaizan menewaskan dua pencabarnya, iaitu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamarulzaman Muhammad dan peguam PAS, Zulhazmi Sharif apabila masing-masing hanya mendapat 307 dan 7 undi.

Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin menang dengan mendapat 411 undi.

Mohd Khairil menewaskan pencabarnya, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi yang mendapat 226 undi.

BERIKUT SENARAI PENUH KEPUTUSAN:

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1. Kamarulzaman Muhammad (307)

2. Suhaizan Kaiat (320)

3. Zulhazmi Sharif (7)

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (355)

2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob (282)

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi (226)

2. Mohd Khairil Nizam Khirudin (411)

Artikel Sebelum

Artikel Lain