70 Peratus Muka Baharu Terajui Kepimpinan Puteri Umno

Mas Ermieyati Samsudin.
Mas Ermieyati Samsudin.
Mas Ermieyati Samsudin.

KUALA LUMPUR: Seramai 70 peratus muka baru menganggotai senarai kepimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Umno bagi sesi 2013/2016.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, daripada 30 ahli kepimpinan yang dilantik itu hanya dua muka lama dikekalkan dalam jawatan mereka.

"Dari segi kepimpinan, orang lama tak ramai, hanya dua muka lama yang dikekalkan iaitu Norashimah Md Nowar (Ketua Puteri Bahagian Sik, Kedah) dan Salbiah Mohamed (Ketua Puteri Bahagian Gerik, Perak). Selebihnya terdiri daripada muka-muka baharu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pergerakan itu di sini, Rabu.

Antara yang menjadi agenda pada mesyuarat itu adalah mengenai keahlian baharu, daftar pemilih, fungsi pergerakan itu sebagai agen untuk merekrut ahli baharu dan beberapa program pembangunan sahsiah, ekonomi dan kebajikan.

Menurut Mas, beliau yakin barisan kepimpinan baharu itu dapat membantu mengembalikan keyakinan orang muda terhadap Umno khususnya Barisan Nasional (BN).

"Kita berada dalam era untuk mengembalikan semula keyakinan golongan muda. Ini bukan masanya untuk glamor, kerja kena baik dan mantap. Kita akan sama-sama buat yang terbaik untuk Umno," katanya.

Pada masa sama, Mas berkata saf kepimpinan baharu itu turut akan didedahkan dengan beberapa siri latihan dan kemahiran supaya mereka dapat mengetahui dasar perjuangan Umno.

Katanya, saf kepimpinan baharu itu turut mendapat sokongan daripada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata pergerakan Puteri akan bertemu kepimpinan di peringkat akar umbi untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi mereka dalam usaha memperkasakan keahlian sedia ada.

"Kita mensasarkan untuk memiliki 500, 000 orang ahli. Insya-Allah kita cuba. Dengan bantuan Naib Ketua saya, kita mampu memperkasakan keahlian yang sedia ada," katanya.

Sehingga 15 November lalu, Pergerakan Puteri memiliki seramai 368, 481 ahli.

Sementara itu, Mas turut menyambut baik gesaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu perwakilan-perwakilan diberi lebih kebebasan untuk membahaskan pelbagai usul pada Perhimpunan Agung Umno 2013, bulan depan.

"Sebagai anak muda, saya percaya jurucakap-jurucakap daripada negeri ada idea dan pandangan yang ingin mereka sampaikan kepada pucuk pimpinan. Kita perlu bersikap lebih terbuka dan menerima pandangan tersebut walaupun pedas dan tidak sedap untuk didengar.

"Sebagai pemimpin kita juga perlu ambil positif pandangan itu dalam usaha memperkukuhkan pergerakan Puteri Umno itu sendiri, " katanya.

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain