suria

638 Perwakilan Dewan Muslimat PAS Mula Mengundi

Penyandang Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood semasa membuang undi yang dicabar oleh Dr Najihah bagi membuat pemilihan semasa Muktamar Muslimat Tahunan kali ke - 53 di Dewan Jubli Perak, di Shah Alam. Seramai 638 orang jumlah perwakilan layak mengundi untuk memilih saf kepimpinan DMPP bagi sesi 2013-2015. -FotoBERNAMA
Penyandang Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood semasa membuang undi yang dicabar oleh Dr Najihah bagi membuat pemilihan semasa Muktamar Muslimat Tahunan kali ke - 53 di Dewan Jubli Perak, di Shah Alam.
Seramai 638 orang jumlah perwakilan layak mengundi untuk memilih saf kepimpinan DMPP bagi sesi 2013-2015. -FotoBERNAMA
Penyandang Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood semasa membuang undi yang dicabar oleh Dr Najihah bagi membuat pemilihan semasa Muktamar Muslimat Tahunan kali ke - 53 di Dewan Jubli Perak, di Shah Alam. Seramai 638 orang jumlah perwakilan layak mengundi untuk memilih saf kepimpinan DMPP bagi sesi 2013-2015. -FotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seramai 638 perwakilan Dewan Muslimat PAS memulakan undian bagi menentukan barisan kepimpinan tertinggi sayap PAS itu kira-kira pukul 11.15 pagi Khamis.

Pengundian dilakukan mengikut negeri-negeri sehingga pukul 1 petang.

Kertas undi bagi setiap jawatan akan diwarnakan mengikut warna tertentu bagi melicinkan proses pemilihan tersebut.

Antara jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan ini adalah Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Dewan, Timbalan Ketua Dewan, Naib Ketua Dewan (masing-masing 1 jawatan), Pemeriksa Kira-Kira (2 jawatan ) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (12 jawatan).

Bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap yang tiada pencalonan, perwakilan sebulat suara menyokong jawatan itu diisi oleh calon Pengerusi Tetap yang mendapat undian kedua tertinggi pada pemilihan itu.

Tumpuan kali ini terarah kepada jawatan Ketua Dewan dimana penyandang jawatan itu, Siti Zailah Mohd Yusoff akan berdepan Nuridah Salleh dalam pertembungan satu lawan satu.

Keputusan pemilihan dijangka diumumkan lewat petang Khamis.

Artikel Lain