suria

Mahkamah Pilihan Raya Kekal DUN Gaal Milik PAS

KOTA BAHARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini, Khamis menolak dengan kos petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dimenangi oleh calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan oleh calon BN untuk kerusi itu, Redzuan Stapha mempunyai beberapa kecacatan termasuk pelantikan peguam dan juga penyerahan notis petisyen tidak mengikut Kaedah 9 dan 15 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Zamani turut memerintahkan Redzuan membayar kos sebanyak RM80,000 iaitu RM30,000 kepada responden pertama, Tuan Mazlan, dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga, yang terdiri daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gaal dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada PRU13, Tuan Mazlan mengalahkan Redzuan dengan majoriti 302 undi.

BN diwakili peguam Mohd Ilias Mohd Noor, manakala responden kedua dan ketiga oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad. PAS pula diwakili peguam Hisham Fauzi. -BERNAMA

Artikel Lain