suria

Khaled Nordin Angkat Sumpah MB Johor Yang Baru

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar pada Majlis Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di Dewan Persidangan, Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Baharu pada Selasa.-Foto BERNAMA

JOHOR BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun.

Majlis angkat sumpah diadakan dihahadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sembilan termasuk Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan yang juga ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada majlis berkenaan.

Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008.

Tee memegang portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan.

Hanya dua bekas Exco, iaitu Asiah Md Ariff (Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga) dan Md Jais Sarday (Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dikekalkan dalam barisan kepimpinan yang baru.

Lain-lain anggota exco termasuk Hasni Mohamad (Benut) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan R.Vidyanathan (DU NKahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia.

Selain itu, Abdul Mutalib Abdul Rahim (DUN Layang-Layang) pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama, Latif Bandi (DUN Endau) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ismail Mohamad (DUN Bukit Serampang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ketua Pemuda Umno Johor yang juga anggota DUN Sri Medan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.

Artikel Lain