suria

Banjir Lumpur Sekat Laluan Ke Lebuhraya Ipoh-Lumut

IPOH: Penduduk di Taman Kledang Permai dikejutkan dengan banjir lumpur yang mengalir ke jalan raya di hadapan rumah mereka ekoran tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi, Jumaat.

Beberapa buah kereta rosak akibat ditimbusi lumpur yang menghalang laluan menuju ke Lebuhraya Ipoh-Lumut, menyebabkan penduduk di kawasan itu terpaksa menggunakan jalan alternatif.

Limpahan air dari sebuah kolam takungan dikatakan menyebabkan tanah runtuh berlaku.

Polis, kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam berada di tempat kejadian untuk membantu penduduk.

Kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh mula membersihkan jalan yang dilitupi lumpur kira-kira pukul 11 ​​pagi.

Artikel Lain