suria

Malindo Airways Dapat Lesen Pengendalian Udara Daripada Malaysia

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah baru yang dikenali sebagai Malindo Airways menerima lesen pengendalian udara (AOC) daripada kerajaan Malaysia untuk beroperasi di negara ini.

Sumber berkata, syarikat itu kini boleh mula menjual tiket mereka kepada orang ramai.

Ia dijangka memulakan penerbangan pertama pada akhir Mac ini.

Sebelum ini dilaporkan Lion Air, pengendali penerbangan tambang murah terbesar di Indonesia, menandatangani perjanjian dengan National Aerospace & Defence Industries (Nadi) untuk menubuhkan Malindo Airways.

Nadi akan memiliki 51 peratus kepentingan manakala Lion pula 49 peratus, tetapi Lion akan mengendalikan pengurusan penerbangan baru tersebut.

Malindo Airways akan memulakan operasi dengan 12 kapal terbang Boeing 737-900 dan lima Dreamliner 787-8 ciptaan syarikat gergasi Amerika itu, bermula 2015, serta memiliki 100 kapal terbang dalam masa 10 tahun.

Malah, perancangan mereka termasuk penerbangan ke Asean, China, Hong Kong, India, Jepun dan mungkin sejauh Australia dan Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain