suria

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Masih Bergerak Perlahan Malam Ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilapor masih lagi bergerak perlahan malam ini apabila warga kota mula pulang kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik masih perlahan dari Behrang ke Ladang Bikam.

Trafik juga sesak sebelum dan selepas Terowong Menora ke arah Kuala Kangsar serta terdapat kemalangan di Kilometer 147.7 arah utara di Bukit Tambun dan Juru.

Menurut laman itu, trafik masih perlahan dari Ayer Hitam ke Yong Peng kerana keadaan cuaca dan hujan.

Laman Twitter PLUS pula melaporkan trafik perlahan di Kilometer 87.6 arah selatan Gurun ke Sungai Petani, yang melibatkan lorong kecemasan kerana berlaku kemalangan.

PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain