suria

AirFrance Akan Mulakan Laluan KL-Paris Mulai 23 April

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Perancis, AirFrance, berhasrat menguasai secara purata 85 peratus faktor muatan untuk laluan Kuala Lumpur-Paris yang baharu diperkenalkan, dalam tahun pertama operasinya yang akan bermula pada 23 April.

Pengurus Negara Malaysia, Estee Ng berkata Malaysia disifatkan sebagai destinasi utama untuk AirFrance ekoran kehadiran menggalakkan warga Perancis di negara ini.

"Terdapat 200 syarikat Perancis di dalam negara. Pada 2011, dalam anggaran 110,000 warga Perancis terbang ke Malaysia untuk tujuan pelancongan dan perniagaan," kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan laluan baharu itu di sini Jumaat.

Ng berkata Malaysia turut dipilih sebagai destinasi kedua di Asia Tenggara, selepas Singapura, kerana faktor ekonominya yang kukuh serta lokasinya yang menarik di rantau ini.

Beliau berkata laluan baharu itu juga akan diperkukuhkan oleh laluan Kuala Lumpur-Jakarta, yang dikendalikan syarikat penerbangannya, KLM, bagi pengembara dari Perancis dan Eropah.

AirFrance akan menggunakan pesawat Boeing 777-200 bagi sektor Kuala Lumpur-Paris dan ibu negara Malaysia akan menjadi destinasi ke-15 di Asia untuk AirFrance.

Syarikat itu akan mengadakan tiga penerbangan mingguan iaitu setiap hari Selasa, Jumaat dan Ahad dengan tambang merangkumi semula RM3,572 bagi standard ekonomi dan RM29,400 untuk kelas perniagaan. BERNAMA

Artikel Lain