Usahawan Kecil Sederhana Diingat Tidak Lupa Jasa Kerajaan Beri Bantuan Niaga

KUALA LUMPUR: Golongan usahawan kecil dan sederhana perlu lebih dinamik, tidak berada di takuk lama dan tidak melupakan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberikan bantuan dan peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 usahawan kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan mereka.

"Jangan lupa jasa kerajaan, yang sokong (kerajaan) dapat (pinjaman Tekun), yang tidak sokong pun dapat, kadang-kadang kita sedih juga, kita buat susah-susah, mereka kutuk, bila dapat apa-apa bantuan dia yang tercegat di depan kita.

"Yang paling penting kita sudah faham, sudah tahu siapa yang tolong kita selama ini. Kalau dapat mandat dari rakyat, bukan sahaja Tekun bertambah maju dan dapat lahirkan ribuan usahawan tetapi negara ini dapat dimartabatkan sebagai negara maju dan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun dan Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 bertemakan "Melahirkan Komuniti Usahawan Tekun yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.

Najib berkata, usahawan juga perlu menetapkan strategi perniagaan mereka yang boleh merangsang perniagaan untuk berkembang sehingga boleh menembusi pasaran antarabangsa.

"Selain daripada perancangan perniagaan, juga perlu fikir bagaimana kita sebagai seorang peniaga disenangi oleh pelanggan, apakah ciri-ciri yang patut ada yang boleh menyebabkan pelanggan menyukai kita," katanya.

Beliau berkata, sama seperti politik, perniagaan juga menuntut supaya setiap janji kepada pelanggan haruslah ditepati agar pelanggan terus meletakkan kepercayaan kepada mereka sekali gus dapat membina reputasi yang baik.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang, Anugerah Kelab Komuniti Usahawan Tekun (KKUT) Terbaik dan menyampaikan sijil pelantikan kepada pengerusi KKUT negeri-negeri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain