suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Bergerak Perlahan Petang Ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai petang ini apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik sesak sebelum plaza tol Gombak ke Terowong Genting Sempah. "Trafik juga perlahan dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, Simpang Renggam ke Machap & Skudai ke Senai Utara," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Katanya laluan kontra dibuka di km 66-66.1 (Simpang Renggam-Machap) untuk mengurangkan kesesakan ekoran kemalangan kereta terbabas di km67.6 pada 1.50 tengah hari Sabtu.

Menurut laman Twitter PLUS pula, trafik lancar dari Tanjung Malim menuju ke Behrang, namun masih lagi perlahan dari Behrang menuju ke Hentian Ladang Bikam. Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS iaitu bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan kenderaan keluar lebih awal. Waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang menuju ke Tapah, Bidor, Slim River & Tanjung Malim adalah selepas 6 petang.

Manakala waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang ke Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng & Simpang Ampat antara 3 petang hingga 6 petang.

PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain