suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Bangladesh Mengaku Tidak Bersalah Liwat Kanak-Kanak Lelaki

BUTTERWORTH: Seorang jurukimpal warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap tuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun pada Oktober tahun lepas.

Tertuduh Md Rezaul, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi setelah memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Md Rezaul dituduh melakukan kesalahan itu pada Oktober 2012 di sebuah rumah di Blok B, Lorong Merak 57, Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, pada 12 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Pada Disember lepas tertuduh telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan tertuduh yang kurang memahami bahasa Melayu tidak mempunyai jurubahasa. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Md Daud. - BERNAMA

Artikel Berikut

1.14 Juta Sertai Skuad Muda KDN

Artikel Lain