suria

1.14 Juta Sertai Skuad Muda KDN

SEREMBAN: Kira-kira 1.14 juta anak muda menyertai Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini dengan 54,864 anggota di Negeri Sembilan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya menerusi sambutan yang menggalakkan itu, kementerian yakin skuad terbabit dapat menjadi pendorong kepada golongan sukarelawan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Skuad ini merupakan pasukan sukarelawan di bawah KDN seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis), katanya kepada pemberita selepas pelancaran Perhimpunan Gelombang Kedamaian 1KDN peringkat Negeri Sembilan di sini, Selasa.

Mengulas perkara berbeza, Lee berkata Polis Diraja Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Pasukan polis boleh digerakkan pada bila-bila masa dari sekarang apabila tiba masanya pilihan raya diadakan bagi memastikan keselamatan dan keamanan terjamin," katanya.

Pada majlis itu, Lee turut menyampaikan geran Jabatan Pendaftar Pertubuhan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Penduduk Taman Lavender Heights, Senawang untuk persatuan itu menjalankan aktiviti polis komuniti di taman berkenaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain