suria

Maybank Buka Cawangan Pertama Di Laos

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat cawangan bank Maybank Berhad pertama di Laos yang terletak di Lanexang Avenue selepas beliau merasmikannya. -fotoBERNAMA

VIENTIANE: Perkhidmatan bank utama Malaysia, Maybank kini boleh didapati di negara-negara Asean, apabila membuka cawangan pertamanya di sini Isnin.

Cawangan itu, yang terletak di pusat kewangan bandar itu menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuk perbankan runcit dan perniagaan, pertukarang mata wang asing, kiriman wang dan perkhidmatan simpanan.

Cawangan bank itu di Laos dibuka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di negara itu bagi menghadiri Kemuncak Asia-Eropah (Asem).

Dalam ucapannya, Najib mengucapkan tahniah kepada Maybank kerana meletakkan pencapaian di seluruh rantau ini, sambil menambah bahawa dalam tempoh 50 tahun, Maybank dapat berkembang daripada beberapa cawangan kepada ratusan untuk mendekati rantau ini.

“Majlis hari ini bukan sahaja signifikan untuk Maybank tetapi juga Malaysia. Ia mengesahkan tentang peranan perbandanan Malaysia yang boleh dimainkan dalam menyokong pertumbuhan di negara-negara jiran.

“Ia bercakap tentang volum mengenai potensi Laos sebagai sebuah destinasi perdagangan dan pelaburan,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, bank itu melihat Asean sebagai pasaran induknya selain mempunyai 392 cawangan di Malaysia, ia turut mempunyai 22 cawangan di Singapura, 376 cawangan di Indonesia, 52 di Filipina, 11 di Kemboja, tiga di Brunei dan dua cawangan di Vietnam.

Dengan pembukaan Maybank cawangan Laos, kami telah menyempurnakan kehadiran fizikal kami merentasi semua negara Asean. Ini penting kerana kami kini mampu menyokong pelanggan serantau kami kerana mereka menggembangkan operasi mereka di seluruh Asean,” katanya.

Artikel Lain