suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usul Perhimpunan Agung Umno Berkisar Kepada Transformasi Parti - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usul yang akan dibentang pada perhimpunan agung Umno akhir bulan ini berkisar kepada transformasi yang dilakukan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, usul juga meliputi perkara yang perlu dilakukan parti agar rakyat terus menerima Umno selain memastikan parti relevan mengikut zaman.

"Ini satu perkara yang kita harap dapat diketengahkan dalam perhimpunan kali ini dan dapat diterima baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Luar Australia Bob Carr, di pejabatnya di sini Rabu.

Menurut Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau ditugaskan meneliti usul-usul terbabit dan sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi tujuan itu.

Pada masa sama, Hishammuddin mahu anggota Umno menunjukkan kesatuan dan kesungguhan dalam memastikan kelangsungan parti dalam kepimpinan negara pada perhimpunan agung itu.

Ini penting kerana perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2012 dijadualkan selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember ini. - BERNAMA

Artikel Lain