suria

Polis Bongkar Makmal Proses Dadah Di Tampin, Dua Lelaki Ditahan

Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis syabu selepas menahan uda lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu di sebuah rumah di Taman Clonlee, Tampin, Rabu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan, Supt Baharom Othman (tengah) menunjukkan sebahagian dadah jenis heroin seberat 466 gram bernilai RM15,000 pada sidang media, Isnin. Turut hadir ialah Ketua Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Tampin ASP Chan Yoke Meng (kanan). -fotoBERNAMA

TAMPIN: Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis syabu selepas menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu di sebuah rumah di Taman Clonlee di sini, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan, Supt Baharom Othman berkata rumah itu yang dijadikan makmal dadah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pada pukul 4.15 pagi.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek berumur 19 dan 38 tahun itu dipercayai mengumpul bahan termasuk asid hidroklorik untuk menghasilkan syabu sejak beberapa bulan lepas.

"Pemeriksaan polis di rumah itu turut menemui pelbagai peralatan yang digunakan dalam proses berkenaan termasuk lampu limpah kecil, penimbang dan tabung uji," katanya kepada pemberita di IPD Tampin di sini, Isnin.

Katanya pihaknya dapat memintas proses itu hasil maklumat awam dan risikan pihaknya.

"Kedua-dua suspek dipercayai mahu menghasilkan syabu sendiri untuk dijual kepada pihak lain walaupun terpaksa mengambil risiko makmal itu meletup dan mencederakan mereka," katanya.

Beliau berkata proses itu selalunya dilakukan ahli kimia kerana membabitkan banyak bahan berbahaya yang mudah terbakar.

Baharom berkata polis masih menyiasat dari mana suspek memperoleh formula memproses syabu serta bahan mentah yang keseluruhannya seberat 97 kilogram.

Katanya turut ditemui di rumah itu adalah syabu seberat 1.1 gram.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan memiliki dadah.

Dalam perkembangan lain, polis merampas 466 gram heroin bernilai RM15,000 yang ditanam di tepi sebuah rumah di Kampung Semin, Lubok Cina, Rembau, dan menahan empat suspek termasuk dua wanita berumur 20 hingga 35 tahun, pukul 5.30 petang Jumaat lepas.

"Polis percaya, suspek terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar kawasan berkenaan. Polis turut menemui wang tunai RM500 daripada suspek," katanya.

Sebelum itu, pada 2.45 pagi hari yang sama, polis menahan seorang lelaki berumur 26 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Padang Lebar, Batu Kikir, Kuala Pilah dan menemui satu beg plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat kira-kira 489 gram. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain