Tiga Kes Samun Dilapor Di Pahang - Semasa | mStar

Tiga Kes Samun Dilapor Di Pahang

KUANTAN: Tiga kejadian samun yang turut membabitkan mangsa seorang wanita warga emas dilaporkan berlaku di Pahang pada Khamis.

Dalam kejadian di Felda Chini, dekat Pekan, seorang wanita warga emas diserkup mukanya dengan kain batik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian pada 1.30 tengah hari ketika mangsa, 72, bersendirian di rumahnya.

Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, suspek yang menutup mulut dan memakai topi keledar itu bertindak menyamun barangan kemas mangsa dan sejumlah wang tunai.

"Suspek bertindak mengambil rantai dan gelang emas yang dipakai mangsa sebelum menggeledah almari dalam sebuah bilik dan melarikan tiga bentuk cincin dan wang tunai berjumlah RM1,500," katanya di sini, Jumaat.

Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta.

"Mangsa yang tidak dicederakan membuat laporan polis dan jumlah kerugian yang dialaminya dianggarkan berjumlah RM14,200," katanya.

Sementara itu, katanya, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun juga disamun dua lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kampung Loyang, Sanggang dekat Temerloh.

Katanya, dalam kejadian 8.45 malam itu, pelajar tingkatan lima itu tinggal bersendirian dan berada di ruang dapur rumahnya.

"Kedua-dua suspek yang memakai baju hitam dan menutup muka itu masuk melalui pintu dapur rumah yang tidak berkunci," katanya.

Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri selepas menyamun wang tunai berjumlah RM2,500.

Dalam satu lagi kes, seorang pemuda turut disamun dua lelaki bersenjatakan pisau ketika sedang menunggu rakannya di belakang sebuah pusat karaoke di Jalan Wong Ah Jang, di sini.

Katanya, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, 22, tiba-tiba didatangi suspek berkenaan yang menaiki motosikal sebelum diacukan sebilah pisau.

"Mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM650 dan sebuah telefon bimbit," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain