suria

Duke Dan Duchess Of Cambridge Hadiri Majlis Santapan Diraja

Pasangan diraja Britain diraikan dalam majlis santapan diraja.
Pasangan diraja Britain diraikan dalam majlis santapan diraja.
Pasangan diraja Britain diraikan dalam majlis santapan diraja.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menerima menghadap Duke dan Duchess of Cambridge di Istana Negara di sini malam Khamis.

Pasangan diraja Britain itu kemudian diraikan dalam majlis santapan diraja sempena lawatan empat hari ke Malaysia bagi pihak Ratu Elizabeth II, sempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu.

Selain itu, majlis itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, anggota Jemaah Menteri, perwakilan asing dan kenamaan lain.

Pada majlis itu, Duke dan Duchess of Cambridge dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, termasuk oleh kanak-kanak daripada Permata Seni Negara.

Putera William dan Catherine dijangka menghadiri persembahan kebudayaan khas yang akan diadakan di Taman Kuala Lumpur City Centre esok pagi, sebelum berlepas ke Sabah untuk lawatan dua hari.

Pasangan diraja itu akan menamatkan lawatan ke Malaysia selepas mengunjungi Lembah Danum, sebuah hutan hujan utama di Sabah.

Mereka berdua dijadual berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untuk meneruskan lawatan sembilan hari ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain