suria

Lelaki Warga Indonesia Dicari Bantu Siasatan Kes Jenayah

SHAH ALAM: Polis sedang mencari seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Juwanda bagi membantu siasatan satu kes jenayah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam kenyataan media pada Jumaat berkata lelaki keturunan Aceh dan memegang pasport bernombor S977332 itu bekerja sebagai peniaga pasar malam sekitar Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, saksi berkenaan mempunyai alamat terakhir di Tingkat 2, Lorong Haji Taib 2, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali Juwanda diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Effandi Main, IPD Shah Alam di talian 03-55202222. - BERNAMA

Artikel Lain